Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Maahad Ahmadi

CATEGORY: | 30.1.10
0

SEMALAM bermula kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Maahad Ahmadi kali pertama. Ia diadakan di Ismah Beach Resort, Melaka. Program akan dijalankan selama 3 hari bermula semalam hingga Ahad.

Slot pertama yang dijalankan adalah berkenaan dengan Undang-undang dan Guru yang dibentangkan oleh Timbalan Pendakwaraya Tampin, Ahmad Zahid Ahmad.



Taqwim Tahunan Maahad Ahmadi

CATEGORY: | 26.1.10
0
DI SINI dipaparkan taqwim tahunan Maahad Ahmadi bagi sesi 2010.

Sila klik : http://www.scribd.com/doc/25128652/Maahad-Ahmadi-Gemencheh-Taqwim

Kisah Cikgu Kadas

CATEGORY: | 25.1.10
0
SUATU hari, Pengetua sekolahku mengarahkan semua guru datang untuk mesyuarat penting. Kerana diwajibkan maka semua guru terpaksa hadir termasuklah Cikgu Kadas yang datang agak terlambat dua minit dari guru-guru lain.

Mesyuarat berjalan begitu tegang dan serius sebab keputussan yang diambil akan menentukan maju atau mundur sekolah berkenaan.

Selepas dua jam bermesyuarat Cikgu Kadas sesekali menguap dan mengantuk, selang beberapa minit, tiba-tiba kedengaran tit tit tit, semua tercari-cari suara HP siapa pula yang berbunyi dalam bilik mesyuarat ini, pada hal sebelum ini peraturan mesyuarat semua HP wajib dimatikan, rupanya suara SMS itu muncul dari HP Cikgu Kadas, dengan pantas dan bersembunyi Cikgu Kadas membuka SMS yang diterima dan langsung membalasnya.

Pergerakan sulit Cikgu Kadas dicium oleh Pengetua. Apa lagi, Tuan Pengetua pun terus memukul meja dan terus menghujani kata cemuhan ke arah Cikgu Kadas " Cikgu tak tahukah Cikgu, ini adalah mesyuarat penting, Cikgu kelihatan dari tadi seakan-akan tak mengambil berat langsung perjalanan mesyuarat penting ni, sudahla datang lewat, kejap menguap, kejap SMS dan ...." hampir lima minit Pengetua berleter dan memalukan Cikgu Kadas.

Dalam keadaan keringat dingin yang bercucuran, Cikgu Kadas terus membisu beribu bahasa dan menerima apa adanya leteran Pengetua.

Setelah Pengetua kehabisan air liur dan idea, barulah dia diam sejenak. Cikgu Kadaspun mengambil kesempatan itu untuk menerangkan hal sebenar.

"Tuan Pengetua yang dihormati", Cikgu Kadas memulakan bicara dengan agak lemah dan sedikit gementar, "Malam tadi saya tak sempat tidur, sebab menjaga anak saya di ruang ICU di hospital kerana diserang demam panas Tuan, pagi ini pula isteri saya mengirim SMS mengatakan bahawa anak saya sudah kembali ke rahmatullah Tuan, dia meminta saya agar segera ke hospital untuk mengurus jenazah anak saya, namun saya balas SMS itu supaya isteri saya menunggu sebentar kerana mesyuarat kali ini sangat penting, dan.... " cukup Cikgu, cukup Cikgu, saya minta maaf kerana agak emosi.

Inna lillah wa inna ilaihi raji'un.
Semua terkedu dan bersimpati mendengar berita yang sungguh menusuk kalbu itu.

Apa kesimpulan yang dapat kita ambil dari kisah Cikgu Kadas barusan tadi dan siapa yang silap sebenarnya ??

Rayuan Derma Surau Maahad Ahmadi

CATEGORY: | 21.1.10
0
DIMAKLUMKAN bahawa pihak Maahad Ahmadi dalam usaha untuk membina surau baru bagi menggantikan surau lama yang uzur dan tidak mampu menampung jumlah jamaah yang semakin ramai.



Untuk makluman, surau yg telah berusia lebih 30 tahun itu dibina dengan kayu dan hanya boleh menampung 400 - 500 jamaah dlm satu-satu masa. Sedangkan jumlah pelajar sekarang telah menjangkau hampir 1,000 orang.

Maahad Ahmadi adalah satu-satunya sekolah agama negeri yang mempunyai pengajian ilmu-ilmu Islam dalam Bahasa Arab sepenuhnya dan STAM. Mudah-mudahan maahad ini mampu untuk melahirkan para ulamak yang menyebarkan ilmu Islam dan memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini.

Maahad Ahmadi atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Agama Menengah Atas Dan Senawi (SAMAS) adalah satu–satunya sekolah di bawah Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus yang menggunakan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah tadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini terletak di kampung Sri Asahan Gemencheh iaitu 25 km dari Tampin dan 1 km dari pekan Gemencheh. Maahad Ahmadi yang mempunyai keluasan kira– kira 20 ekar ini ditubuhkan pada tahun 1975 hasil cetusan ilham dan usaha beberapa orang tokoh.

1. Memenuhi tuntutan fardu kifayah, ke arah melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam pengajian agama, bahasa arab dan akedamik.

2. Menyerlah identiti tersendiri dengan menekankan pengajian dan pengkajian agama dan bahasa arab.

3. Melahirkan bakal pemimpin dan ulamak yang berwibawa sejajar dengan wawasan pendidikan negara dan tuntutan Islam.

4. Menampung kekurangan para ulamak dan ahli cendikawan agama di Malaysia amnya dan di Negeri Sembilan khasnya.

Maahad Ahmadi ini ditubuhkan dengan bermatlamat pencapaian cemerlang seratus peratus pelajarnya dalam pembelajaran di bidang Agama dan Bahasa Arab. Selain itu, mereka turut dibekalkan dengan pelajaran dan pengetahuan akedamik sebagai tambahan melengkapkan diri sebagai pelajar yang sempurna dengan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Akaun Tabung Pembinaan Surau Maahad Ahmadi - Maybank 555078135419


Pendaftaran Tingkatan Satu 2010

CATEGORY: | 11.1.10
0
HARI ini merupakan pendaftaran baru pelajar tingkatan satu 2010. Seramai kira-kira 80 pelajar mula mendaftar pada jam 8 pagi. Sesi suaikenal pelajar tingkatan satu akan berlangsung sehingga 15 Januari.

Selepas berakhir program suaikenal, pelajar akan didedahkan dengan program Kem Bahasa Arab dan Kem Bahasa Inggeris yang akan dijalankan selama tiga bulan. Pendaftaran pelajar tingkatan satu turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Pelajaran, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Yang Dipertua PIBG.