Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?

MTAQ: Maahad Juara Tampin!

CATEGORY: | 28.3.11
0
26 MAC: MAJLIS Tilawah Al Quran Peringkat Daerah Tampin telah diadakan dalam dua hari iaitu pada 5 Mac di SMK Bukit Rokan, Gemencheh dan 26 Mac di SK Tuanku Abdul Rahman, Gemas. Pasukan Maahad Ahmadi berjaya merangkul 5 kejuaraan dari 11 acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al Quran Lelaki, Hafazan Perempuan, Syarahan Perempuan, Nasyid Terbuka dan Berzanji Terbuka. Syarahan Lelaki dan Hafazan Lelaki berjaya meraih tempat kedua, manakala Khat Perempuan ditempat ketiga. Lain acara yang tidak berjaya meraih tempat adalah Khat Lelaki dan Tilawah Perempuan. Semua yang mendapat johan akan mewakili Daerah Tampin ke pertandingan MTAQ Peringkat N Sembilan yang akan diadakan pada 9 April di Sek Sains Rembau, Kundur, Rembau. Kita doakan agar pasukan MTAQ Maahad Ahmadi akan berjaya mendapat johan seterusnya mewakili N Sembilan ke MTAQ Peringkat Kebangsaan. Insya Allah.

SPM : GPS 2.88

CATEGORY: | 25.3.11
3
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia peringkat Maahad Ahmadi telah diumumkan di Dewan Ibnu Sina. Kira-kira 109 pelajar yang mengambil SPM 2010, 5 orang sahaja yang tidak mempunyai sebarang A berbanding tahun 2009, seramai 3 orang.

Pencapaian 10A hanya 2 orang menurun berbanding 2009 seramai 3 orang, manakala pelajar yang berjaya mendapat 9A meningkat dari 6 orang pada tahun 2009 ke 12 orang pada tahun 2010. Secara umumnya, GPMP empat matapelajaran menunjukkan penurunan iaitu Bahasa Melayu 2.72 dari 1.53 (2009), Bahasa Inggeris 5.10 dari 4.92 (2009), Pend. Al Quran dan As Sunnah 2.00 dari 1.37 (2009) dan Pend. Syariah Islamiah 3.86 dari 3.19 (2009).

GPMP terbaik adalah matapelajaran Sains iaitu meningkat dari 1.60 pada tahun 2009 menjadi 1.08 pada tahun 2010. Secara keseluruhan, pencapaian SPM Maahad Ahmadi meningkat secara GPS dari 2.97 pada tahun 2009 menjadi 2.88 pada tahun 2010. Tahniah!

Anda boleh melihat analisa SPM 2010 dan senarai pelajar cemerlang pada ruangan "Result Exam'.

Bola Sepak MSSNS : Maahad Tempat ke-5

CATEGORY: | 2.3.11
0
25-26 Februari : PASUKAN Bola Sepak Maahad Ahmadi berjaya menempatkan selaku jaguh Tampin apabila menduduki tempat ke-5 dalam pertandingan Bola Sepak MSSNS Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Padang KGV. Pasukan Maahad Ahmadi tewas di peringkat suku akhir kepada Sekolah Tunku Muhamad, Kuala Pilah 0-1. Pada peringkat kumpulan, berjaya menewaskan SMKA Pedas, pusingan kedua, SMK Sedia Raja dan SMK Palong 11.

Walaubagaimanapun, pasukan Bola Sepak Maahad Ahmadi tidak berjaya menandingi kejayaan pasukan Ping Pong yang berjaya mendapat tempat ke-3 peringkat Negeri Sembilan. Mudah-mudahan akan menaikkan semangat pada pasukan lain untuk berjaya dalam pertandingan MSSNS yang sedang berlangsung sekarang.