Sudah berdaftar sebagai ahli e-MANS?

Perjumpaan 3 Penjuru

CATEGORY: | 15.7.11
0
9 JULAI- MAAHAD Ahmadi telah mengadakan program 3 penjuru yang melibatkan pihak guru, pelajar dan ibu bapa pelajar. Program ini diadakan untuk melihat permasalahan dan tindakan yang boleh diambil bersama bagi membantu meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.

Program yang dimulakan sejak 9 pagi hingga 12 tengah hari, kurang mendapat sambutan dari kalangan ibu bapa/penjaga kerana tidak sampai separuh ibu bapa/penjaga yang hadir pada hari tersebut. Mungkin ada kekangan-kekangan tertentu yang menyebabkan peratus yang hadir kurang separuh.

Namun, program ini berjaya pada amnya dengan semangat yang ditunjukkan oleh guru-guru dan ibu bapa bagi memastikan kelangsungan kejayaan anak-anak mereka di bumi Maahad Ahmadi.

Tahniah Umar Azlan!

CATEGORY: | 14.7.11
0
UMAR Azlan, bekas pelajar STAM Maahad Ahmadi telah dianugerahkan Anugerah Perdana Pelajar Cemerlang STAM Peringkat Kebangsaan baru-baru ini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan tahniah dan penghargaan di atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh saudara Umar Azlan.

Beliau semasa mengambil SPM 2009, juga adalah pelajar cemerlang Maahad Ahmadi apabila berjaya mencapai 10A dan seterusnya meneruskan pengajian di Maahad STAM.

Semoga kejayaan beliau menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar lain agar terus berusaha dan sentiasa menjadi pelajar cemerlang baik semasa peringkat PMR, SPM dan STAM.